Pemprosesan serbuk bioingredien daripada sisa buangan kuini

Tun Norbrillinda Mokhtar, Hasri Hassan, Norra Ismail, Hadijah Hassan, Mohamad Helmi Mohd Arshad, Mohd Shukri Mat Ali dan Zul Helmey Mohamad Sabdin 

Ringkasan
Pemprosesan serbuk bioingredien daripada kulit dan kernel kuini merupakan teknologi yang mudah dan murah. Pemprosesan serbuk kulit dan kernel kuini adalah menggunakan kaedah pengeringan oven pada suhu 60 °C sebelum dikisar halus menjadi serbuk, dibungkus dengan menggunakan bungkusan oriented polypropylene/aluminium/polyethylene (OPP/Al/PE) dan disimpan pada suhu bilik. Serbuk ramuan yang dihasilkan ini adalah stabil dan mempunyai jangka hayat simpanan yang
lama. Ini kerana ia mempunyai kandungan peratus kelembapan yang rendah iaitu <10%. Selain itu, kawalan kebersihan dan sanitasi semasa pemprosesan juga adalah penting bagi mengelakkan kerosakan yang akan menjejaskan keselamatan produk yang dihasilkan, seterusnya menjamin 122 kualiti produk semasa penyimpanan. Aplikasi serbuk bioingredien daripada kulit dan kernel kuini dalam produk makanan mampu menambah nilai kandungan nutrien dalam sesuatu produk memandangkan ia tinggi kandungan serat dalam kulit kuini dan aktiviti antioksida dalam kernel kuini, di samping nutrien-nutrien lain. Kebaikan serta kelebihan ramuan berfungsi daripada kulit dan kernel kuini perlu diteroka dan seharusnya
diketengahkan. Pemprosesan kulit dan kernel kuini yang merupakan sisa buangan komersial buah kuini bukan sahaja dapat mengatasi masalah lambakan, malah ia juga dapat meningkatkan nilai tambah buah nadir tempatan.

Teks penuh (1.65MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.