Hubungan filogenetik spesies Garcinia menggunakan penanda matK

Zulhairil Ariffin, Azuan Amron dan Nuradni Hashim 

Ringkasan
Genus Garcinia merupakan spesies penting yang terdapat di beberapa jenis habitat dari laman rumah, kebun sehingga bukit tinggi/gunung dan hutan belantara. Manggis (Garcinia mangostana) ialah spesies paling popular kerana boleh dimakan dan ditanam secara komersial. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan genetik spesies liar Garcinia dan yang ditanam
di bank gen ladang menggunakan kawasan kod plastid iaitu Maturase K gene (matK). Gen matK telah disyorkan sebagai teras kod bar untuk projek pengekodan tumbuhan darat oleh CBOL untuk pengenalpastian spesies. Teknik ini amat dipercayai dan tidak bergantung kepada faktor luaran seperti iklim, umur atau bahagian tumbuhan. Keputusan menunjukkan 82 jujukan spesies Garcinia mempunyai kesamaan kepada spesies Garcinia dalam pangkalan data NCBI. Pohon filogenetik berdasarkan jujukan matK juga telah berjaya dibina menggunakan tiga algoritma Neighbor-Joining (NJ), Maximum Parsimony (MP) dan Maximum Likelihood dengan Clusia major sebagai kumpulan luar. Enam kluster utama iaitu A, B, C, D, E dan F telah dibina untuk menunjukkan hubungan genetik 82 aksesi Garcinia termasuk kerabat liar. Kepelbagaian inter dan intra yang tinggi ditunjukkan oleh aksesi Garcinia ini dapat digunakan secara efektif untuk menambah baik pemuliharaan spesies Garcinia secara in situ.

Teks penuh (369KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.