Pemprosesan bebola madu kelulut menggunakan Juice Pearl Kit

Chua Hun Pin dan Nicholas Daniel

Ringkasan
Minuman bubble tea atau pearl milk tea telah menjadi sebahagian daripada budaya makanan moden berdekad yang lalu. Komponen asal minuman ini ialah bebola kecil dan kenyal berwarna hitam (tapioca boba) kini telah berkembang menjadi pelbagai jenis bebola jus (popping boba) yang terkenal dengan sensasi letup dalam mulut apabila dikunyah. Teknologi pemprosesan bebola madu kelulut telah dibangunkan berdasarkan teknik gastronomi molekul jenis sferifikasi. Prinsip ini melibatkan proses pembentukan gel ekstrak rumpai laut bagi mewujudkan membran meliputi campuran madu kelulut dan jus buah-buahan. Analisis menunjukkan bebola madu kelulut yang ditambah dengan jus oren mempunyai kandungan vitamin C, kalsium dan serat makanan yang lebih tinggi berbanding dengan madu kelulut asli. Setakat ini, semua bebola jus di pasaran tempatan adalah diimport. Pengusaha makanan tempatan telah meminta untuk mewujudkan mesin pembentukan bebola jus kecil untuk penghasilan skala kecil serta untuk kegunaan isi rumah. Kit lengkap mudah guna yang dikenali sebagai ‘Juice Pearl Kit’ telah dibangunkan untuk menyediakan bebola jus. Pembangunan kit ini akan mewujudkan kaedah alternatif untuk pengusaha makanan bagi merekabentuk bebola jus berperisa tempatan menggunakan buah-buahan dan herba tempatan demi pasaran minuman bubble tea yang lebih sihat.

Teks penuh (346KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.