Pemencilan, pencirian dan pengenalpastian bakteria asid laktik dari sumber jeruk buah-buahan tempatan terpilih

Nur ilida Mohamad, Musaalbakri Abdul Manan dan Nur Baizura Sa’dom

Ringkasan
Keselamatan makanan adalah isu yang kekal relevan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penyakit bawaan makanan yang disebabkan oleh bakteria patogenik telah menjadi satu masalah terhadap kesihatan awam yang turut memberi kesan
terhadap ekonomi dan perdagangan sesebuah negara. Penggunaan bakteria asid laktik (BAL) atau metabolitnya yang dipercayai lebih selamat sebagai bahan pengawet semula jadi untuk merencatkan pertumbuhan atau membunuh bakteria patogenik dalam produk makanan adalah satu kaedah alternatif kepada penggunaan bahan pengawet kimia. Makanan tertapai termasuk jeruk buahbuahan adalah antara sumber yang mengandungi BAL yang tinggi. Kajian ini dijalankan bagi memencilkan, mencirikan dan mengenal pasti strain BAL daripada sampel jeruk buah-buahan tempatan (mangga, betik dan kedondong) yang akan digunakan dalam kajian potensi BAL sebagai bahan antibakteria semula jadi pada masa hadapan. Pemencilan BAL daripada sampel jeruk telah dilakukan menggunakan agar MRS diikuti oleh pencirian BAL melalui ujian tindak balas katalase, pewarnaan Gram dan penapaian gula serta pengenalpastian strain BAL melalui kaedah molekular. Sebanyak 12 pencilan BAL daripada genus Lactobacillus, Leuconostoc serta Enterococcus telah berjaya dipencilkan, dicirikan dan dikenal pasti daripada kesemua sampel jeruk buah-buahan yang dikaji.

Teks penuh 456(KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.