Penerimaan pengguna terhadap ciri atribut produk bijirin bernutrisi kaya antosianin daripada ubi keledek ungu

Rawaida Rusli, Nur Fazliana Md. Noh, Faridah Hussien dan Norman Isman

Ringkasan
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap penerimaan pengguna terhadap ciri atribut produk yang dibangunkan MARDI berasaskan ubi keledek ungu iaitu bijirin bernutrisi kaya antosianin. Survei pengguna telah dijalankan
ke atas 100 responden terpilih di Lembah Klang dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur. Dapatan kajian mendapati produk bijirin bernutrisi kaya antosianin mencatatkan tahap penerimaan yang sangat baik iaitu sebanyak 98%. Ciri atribut rasa bijirin berserta susu merupakan atribut terbaik antara semua atribut produk yang dikaji (97%). Umur dan pengguna yang berkeluarga merupakan dua faktor sosioekonomi yang menunjukkan perhubungan yang signifikan dalam atribut dan kesediaan untuk membeli di pasaran. Responden juga mengatakan sanggup bertukar penggunaan daripada bijirin komersial yang ada di pasaran kepada bijirin bernutrisi kaya antosianin (93%) setelah mengetahui khasiat nutrisi yang ditawarkan. Ini menunjukkan produk ini berpotensi besar untuk dikomersialkan. Walau bagaimanapun, hanya 59% responden yang tahu akan khasiat ubi keledek ungu. Ini bermakna, aktiviti pemasaran perlu memberi penekanan kepada aktiviti promosi akan khasiat ubi keledek ungu kaya antosianin ini. Secara keseluruhan, bijirin bernutrisi kaya antosianin ini berpotensi untuk dikomersialkan berdasarkan tahap penerimaan pengguna terhadap ciri-ciri atribut produk yang tinggi. Umur dan pengguna yang berkeluarga antara faktor sosioekonomi yang penting untuk dipertimbangkan dalam merangka strategi pemasaran yang lebih efektif dalam memastikan kejayaan pemasaran di kalangan pemain industri yang terlibat.

Teks penuh (215KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.