Penentuan status nutrien tanah menggunakan Sistem Penderia Nutrien Tanah (SoilSense) untuk pembajaan secara kadar boleh ubah tanaman padi

Siti Noor Aliah Baharom, Badril Hisham Abu Bakar, Jusnaini Muslimin, Muhammad Zamir Abdul Rasid, Mohammad Aufa Mhd. Bookeri, Norziana Zin Zawawi, Ramlan Ismail, Mohd Zamri Khairi Abdullah dan Muhammad Shukri Hassan

Ringkasan
Penentuan kandungan nutrien tanah dan status kesuburan tanah amat penting untuk pembajaan secara kadar boleh ubah dalam pertanian tepat padi. Maklumat kandungan nutrien tanah bergabung bersama maklumat kandungan nutrien tanaman pada lokasi yang spesifik diperlukan dalam menentukan kadar baja yang perlu diberikan pada lokasi tersebut. Amalan konvensional bagi mendapatkan maklumat kandungan nutrien tanah yang meliputi pensampelan tanah dan analisis makmal memakan masa, tenaga kerja dan kos yang tinggi. Sehubungan itu, satu sistem penderia nutrien tanah (SoilSense) telah dibangunkan untuk memudahkan kerja-kerja penentuan kandungan nutrien di dalam tanah supaya lebih cepat, melibatkan tenaga kerja yang sedikit dan seterusnya mengurangkan kos. Maklumat kandungan nutrien tanah berserta koordinat lokasi masing-masing akan digunakan untuk menghasilkan peta kesuburan tanah yang seterusnya digabungkan dengan maklumat status nutrien pokok padi untuk penaburan baja secara kadar boleh-ubah.

Teks penuh (890KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.