Penghasilan produk premium daging ruminan tempatan yang disimpan melalui kaedah pengeringan tempoh lama terkawal

Mohd Azri Azman, Izuan Bahtiar Ab. Jalal, Mohamad Hifzan Rosali, Mohd Hafiz Abd Wahab, Mohd Rosly Shaari dan Salma Mohamad Yusop

Ringkasan
Kaedah pengeringan tempoh lama terkawal adalah satu proses di mana potongan daging disimpan di dalam ruang penyimpanan dengan suhu terkawal antara 0 – 4 °C dengan kelembapan relatif 75 – 80% dan tempoh selama 15 – 70 hari. Kaedah penyimpanan ini menelan kos yang tinggi dengan hasil akhirnya akan mengecut daripada saiz sebenar, risiko pencemaran serta penggunaan masa dan sumber yang tinggi untuk penyimpanan. Hasil daripada kaedah ini adalah produk daging yang mempunyai rasa yang unik dan daging yang sangat lembut. Sehingga kini, tidak banyak penulisan saintifik yang mengkaji parameter kualiti dan kesukaan pengguna terhadap produk daging ini. Kebanyakan teknik pengeringan tempoh lama terkawal yang diaplikasikan oleh pembekal daging adalah melalui kaedah cuba jaya. Pada masa kini, terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk daging ini di Malaysia terutama dari kawasan penempatan bandar. Artikel ini akan fokus kepada penerangan konsep teknik pengeringan tempoh lama terkawal, parameter yang terlibat ketika penyimpanan dan ciri-ciri sensori produk daging iNI.

Teks penuh (850KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.