Nektar buah campuran rosel dan pitaya yang kaya dengan sumber antioksida

Mohamed Nazim Anvarali, Syahida Maarof, Noor Zainah Adzaly, Nik Mohd Faiz Che Mohd Noor, Mohd Romainor Manshor, Siah Watt Moey, Hairuddin Mohd Amir, Arif Zaidi Jusoh, Hasnisa Hashim dan Nik Rozana Nik Mohd Masdek

Ringkasan
Buah-buahan tempatan yang kaya dengan pigmen antosianin dan betasianin merupakan sumber utama dalam pembangunan nektar ini. Nektar yang telah dipasteur dan dipek ke dalam botol kaca amber berisi padu 50 mL mempunyai jumlah pepejal larut sebanyak 20 °Brix dan pH 3.0 merupakan produk yang boleh disimpan pada suhu bilik tidak melebihi enam bulan penyimpanan. Nektar yang dibangunkan mempunyai aktiviti dan kandungan antioksida yang kekal tinggi dan stabil sepanjang tempoh penyimpanan. Analisis aktiviti antioksida ke atas nektar buah campuran yang telah dibangunkan menunjukkan nilai DPPH 89.57 ± 0.43% penyerapan, nilai FRAP sebanyak 334.19 ± 5.01 mg/100 g FeSO4 manakala kandungan antioksida berdasarkan nilai TPC adalah 166.66 ± 7.05 mg/100 g GAE. Nektar yang tidak ditambah dengan bahan pengawet ini juga mempunyai jumlah kandungan flavonoid yang stabil sepanjang tempoh penyimpanan iaitu di dalam julat 360 – 365 mg kuersetin/g sampel segar.

Teks penuh (1.13MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.