Pengurusan pemakanan dan formulasi makanan tepat untuk pengeluaran kambing

Predith Michael, Mohamad Hifzan Rosali dan Izuan Bahtiar Ab Jalal

Ringkasan
Pemakanan ternakan kambing harus diteliti kerana kos pemakanan boleh mencecah hampir 60 – 70% daripada jumlah kos pengeluaran. Objektif kajian pemakanan untuk ternakan adalah untuk memastikan ternakan mendapat jumlah bahan kering yang mencukupi bagi memenuhi keperluan nutrisi untuk mencapai sasaran peringkat produksi yang ditetapkan. Pemakanan
tepat adalah strategi pemberian rangsuman makanan yang diformulasi mengikut keperluan nutrisi untuk setiap peringkat produksi pada kos yang paling minimum. Bagi memenuhi keperluan nutrisi untuk tenaga dan protein, terutamanya jika kualiti foraj adalah rendah, pemberian formulasi makanan tepat (konsentrat) kepada foraj dicadangkan pada nisbah 40:60 atau 50:50. Bagi simulasi kos foraj Napier dibeli dari sumber luar pada harga RM0.30, kos pemakanan harian didapati adalah sekitar RM1.00 – 1.50 di mana hampir 30% adalah kos konsentrat manakala untuk Bracharia humidicola yang ditanam sendiri pada harga RM0.02, kos pemakanan harian adalah sekitar RM0.30 – 0.80 di mana 90 – 95% adalah kos konsentrat. Pengiraan pemberian makanan yang tepat mengikut saraan keperluan kambing membolehkan keperluan nutrisi kambing mencukupi bagi mencapai sasaran produksi.

Teks penuh (193KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.