Daya saing dan amalan teknologi industri sarang burung walit di Malaysia dan Indonesia: Satu perbandingan umum

Mohd Syauqi Nazmi, Ahmad Zairy Zainol Abidin, Mohd. Rashid Rabu, Nor Amna A’liah Mohammad Nor dan Che Nurul Akmal Che Mohamad

Ringkasan
Sarang burung walit merupakan sejenis makanan berkhasiat tinggi dan sangat dikenali sejak zaman dulu lagi. Makanan ini sangat popular di kalangan kaum Cina. Sejak tahun 1878 lagi penuaian sarang ini telah dimulakan di Malaysia bermula di Gua Niah, Sarawak. Pada masa ini, industri ini telah berkembang menjadi perusahaan komersial disebabkan oleh daya maju keuntungan yang tinggi. Umumnya, spesies burung walit adalah berbeza dengan burung layang-layang yang mana sarang burung layang-layang tidak boleh dimakan. Industri sarang burung walit di Malaysia mula mendapat perhatian apabila ia memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Tahun 2017 menunjukkan eksport negara bagi produk sarang burung walit mencapai sehingga RM700 juta. Seperti juga di Malaysia, penggunaan sarang burung walit di Indonesia juga disebabkan kesan pengaruh kebudayaan China terhadap kebudayaan Indonesia terutamanya dalam bidang perubatan tradisional. Sarang burung walit di Indonesia mula dijadikan sebagai satu perniagaan pada tahun 1980 di mana banyak premis burung walit telah dibangunkan dengan pelbagai jenis saiz dan reka bentuk. Jelasnya, kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia didapati mempunyai kelebihan tersendiri dalam membangunkan industri sarang burung walit mengikut acuan masing-masing.

Teks penuh (199KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2021 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.