MARDIApps: Mengurus tanaman padi

Mohamad Zulkifly Zakaria@Mustafa, Badrulhadza Amzah dan Rahiniza Kamaruzaman

Ringkasan
Sebagai pusat penyelidikan utama berkaitan padi untuk Malaysia, teknologi digital juga boleh memainkan peranan yang penting sebagai pemboleh daya teknologi dalam mentransformasikan kaedah pemindahan teknologi secara konvensional kepada bentuk digital yang dinamik, interaktif, lebih menarik dan mudah difahami. Melalui kaedah digital ini, ia dapat membantu menyelesaikan isu petani di lapangan seperti isu penyakit dan perosak serta rumpai padi, isu pengurusan penanaman dan isu penyimpanan rekod data penanaman. Oleh yang demikian bagi membantu petani mengatasi isu-isu tersebut, MARDI telah membangunkan dua aplikasi mudah alih yang dinamakan myPerosakPadi dan myPadiManager. Pembangunan sistem aplikasi mudah alih ini boleh membantu warga tani untuk mendapatkan maklumat ketika melaksanakan aktiviti kerja semasa di lapangan. myPerosakPadi dan myPadiManager boleh dimuat turun secara percuma melalui GoogleplayStore untuk platform android dan AppStore untuk platform iOS. Sebelum boleh digunakan, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menjadi pengguna MARDIApps dan andai kata pengguna telah pun mendaftar sebelum ini sebagai pengguna MARDIApps, pengguna hanya perlu memasukkan e-mel dan kata laluan yang sama seperti yang telah didaftarkan (One Account. All MARDIApps). Login ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja untuk myPerosakPadi dan myPadiManager

Teks penuh (1.26MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.