Beg medium sebagai asas penanaman cendawan kukur

Khairul Asfamawi Khulidin, Ahmad Fuad Badrun, Mohd Irwani Hafiz Sahid, Hafiz Aizat Yanan,  Mohd Nizam Mohd Nizat, Mohd Hafiz Fikri Hazemi dan  Ahmad Safuan Bujang

Ringkasan

Penjanaan teknologi penanaman cendawan kukur dilihat dapat  mempelbagaikan aktiviti pengusaha cendawan tempatan yang banyak  bertumpu kepada penanaman cendawan tiram kelabu. Penggunaan  kaedah yang hampir sama dengan penanaman cendawan tiram kelabu  memudahkan pengusaha cendawan untuk beralih ke penanaman  cendawan kukur. Malahan harga sekilo cendawan kukur boleh  menjangkau RM35 – RM50 berbanding dengan cendawan tiram  kelabu sekitar RM10 – RM12/kg. Namun begitu, pengusaha cendawan  tempatan harus mempunyai kemahiran pemasaran yang strategik untuk  membolehkan pasaran cendawan berdaya saing. Justeru, teknologi  penanaman cendawan kukur yang diperkenalkan dapat mempelbagai  pasaran cendawan di peringkat domestik. Sejajar dengan saranan  kerajaan iaitu Dasar AgroMakanan Negara untuk meningkatkan  ekonomi negara.

Teks Penuh (400 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.