Penghasilan dan peningkatan pigmen betalain melalui teknologi kultur kalus pitaya

Rogayah Sekeli, Wee Chien Yeong, Siti Fatiha Yahya, Nor Fadzliana Abu Faizal, Nor Hidayu Che Asari dan Chandradevan Machap

Ringkasan

Buah pitaya merah (Hylocereus polyrhizus) dengan isi buah yang berwarna merah pekat, kaya dengan pigmen betalain yang menyerupai pigmen yang terdapat pada ubi bit. Pengeluaran buah-buahan melalui penanaman ladang adalah lambat dan menyebabkan permintaan terhadap pigmen betalain yang semakin meningkat sebagai sumber antioksida dan pewarna makanan semula jadi tidak dapat dipenuhi. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi, pendekatan alternatif telah dieksploitasi bagi penghasilan fitonutriensecarasistem in vitro. Teknologi kultur kalus pitaya merah telah berjaya dibangunkan untuk menghasilkan metabolit sekunder ini. Teknologi ini membolehkan pengeluaran kultur kalus secara berterusan dan cepat serta tidak terjejas dengan perubahan iklim, serangan penyakit dan kawasan penanaman yang terhad. Sistem kultur kalus yang dibangunkan melalui penambahan pelbagai agen penggalak dan rawatan hormon ini mampu menghasilkan pigmen betalain sebanyak empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan buah pitaya segar. Sebanyak 16 kompaun bioaktif betalain yang berbeza telah dikenal pasti dalam sistem kultur kalus berbanding dengan hanya tujuh kompaun dalam buah segar. Di samping itu, sembilankompaunbioaktifbetalainyangnoveltelahdikenalpastiapabilarawatan hormon yang mengandungi 4 mg/liter thidiazuron dan 2 mg/ liter asid asetik naftalena digunakan. Penambahan agen penggalak metil jasmonate juga didapati berjaya meningkatkan pengeluaran pigmen betalain.

Teks Penuh (510 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.