Kaedah pengenalpastian kehadiran bahan tambah unsur haiwan yang tidak dilabel dalam produk berasaskan surimi menggunakan kaedah PCR spesifik-spesies

Nur Baizura Sa’dom, Aminah Abdullah dan Adura Mohd. Adnan

Ringkasan

Kajian ini adalah bagi mengenal pasti kehadiran bahan tambah yang mungkin tidak halal dalam produk berasaskan surimi seperti bebola ikan, kek ikan dan jejari ketam. Bahan yang dikhuatiri dicampur tanpa dilabelkan ialah plasma darah haiwan seperti lembu dan khinzir. Plasma darah telah digunakan di banyak negara luar sebagai bahan pembentuk gel yang baik. Kaedah yang dipilih bagi tujuan ini adalah berasaskan DNA, iaitu PCR spesifik-spesies. Melalui beberapa kajian terdahulu, kaedah ini membolehkan pengenalpastian spesies bahan mentah yang digunakan sebagai ramuan dilakukan dengan tahap sensitiviti dan spesifik yang tinggi. 

Teks Penuh (558 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.