Serbuk seagrape: Ramuan berfungsi baharu dan sumber pemakanan iodin

Tun Norbrillinda Mokhtar dan Nur Elyana Noordin

Ringkasan

Seagrape (Caulerpa lentilifera L.) ialah rumpai laut hijau yang tinggi kandungan iodin dan pelbagai mineral. Oleh kerana teksturnya yang lembut dan berair, seagrape adalah sangat rapuh dan mudah pecah, seterusnya mengehadkan penggunaannya dalam pembangunan produk makanan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menghasilkan serbuk seagrape bagi memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan kandungan iodinnya. Serbuk seagrape yang dihasilkan adalah menggunakan teknik pengeringan yang mudah dan murah. Kandungan iodin, kalsium, protein dan serat juga lebih tinggi berbanding dengan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini. Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan potensi serbuk seagrape sebagai bahan tambah makanan premium dalam pembangunan produk makanan kesihatan dan makanan berfungsi. Dalam kajian ini, dua produk makanan berasaskan serbuk seagrape turut dihasilkan iaitu bar kaya iodin dan bubur oat segera kaya iodin. 

Teks Penuh (256 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.