Pengurusan tapak semaian bersistematik bagi menjamin bahan tanaman kelapa berkualiti tinggi

Khairol Ismail

Ringkasan

Pengurusan tapak semaian yang sempurna bukan hanya tertumpu kepada bahan tanaman sahaja, tetapi turut meliputi amalan kultur (seperti penyediaan kawasan, sistem pengairan, pemilihan jenis tapak semaian, amalan kultur dan kawalan perosak serta penyakit) dan pengurusan yang sistematik. Bahan tanaman yang baik dan berkualiti hanya diperoleh daripada amalan dan kaedah pengurusan tapak semaian kelapa yang sistematik. Pemilihan jenis tapak semaian juga sangat penting bagi tujuan menjimatkan kos input, mengelakkan jumlah anak pokok tidak normal ditanam di ladang dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja. Dengan permintaan yang tinggi dan harga kelapa yang stabil, industri tapak semaian kelapa mampu menjana pendapatan yang lumayan untuk jangka masa panjang kepada pengusaha tempatan selain membuka peluang perniagaan dan pekerjaan di sektor pertanian untuk masyarakat Malaysia.

Teks Penuh (335 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.