Biofungisid berasaskan Trichoderma untuk mengawal penyakit hawar lewat tomato dan antraknos pada cili

Nur Liyana Iskandar dan Shazawardi Shoib

Ringkasan

Usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran sayur-sayuran di perosak dalam mengawal penyakit sayuran telah diberi perhatian oleh ramai penyelidik. Penggunaan agen kawalan biologi ini dilihat mempunyai potensi yang sangat besar untuk dikomersilkan bagi penggunaan yang lebih meluas. Kajian telah memberikan perhatian dan usaha untuk mengurangkan masalah serangan penyakit dengan menggunakan agen kawalan biologi dan seterusnya membangunkan produk biofungisid yang akan memberi kesan kepada pengurangan penggunaan racun kimia. Kajian ini adalah mengenai agen kawalan biologi, Trichoderma asperellum yang mampu merencatkan pertumbuhan patogen bagi penyakit hawar lewat pada tomato dan penyakit antraknos pada cili. Pembangunan dan aplikasi biofungisid tersebut pada tanaman tomato dan cili adalah berpotensi untuk mengurangkan jangkitan penyakit tersebut di ladang. 

Teks Penuh (259 KB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.