FERTIKIT: Perkebunan menjadi mudah

Mohammad Abid Ahmad, Mohd Syahril Md. Khalil, Zulkifli Mohd Saaid dan Mohd Syawali Hamid

Ringkasan

FERTIKIT direka bentuk khas untuk menggalakkan penggemar perkebunan di rumah menanam sayuran untuk kegunaan sendiri menggunakan sistem fertigasi. Berkonsepkan buat sendiri (D.I.Y.), FERTIKIT direka dengan saiz yang kecil, mudah dikendalikan, dibawa dan dipasang. Rak tanaman yang boleh laras membolehkan pelbagai saiz pasu dapat diletak. Pengguna tidak perlu bimbang mengenai siraman tanaman mereka jika tiada masa, kerana penetap masa dapat membantu membuat siraman baja secara automatik. Kit ini diperbuat daripada besi berserta sistem pengairan. Maka, penggunaan air dan baja sangat berkesan. Dengan dimensi hanya 1 m2, menjadikan kit ini sangat sesuai diletakkan di ruang yang terhad seperti tempat letak kereta atau balkoni bagi rumah apartmen atau kondominium. Dari segi bekas tanaman, pengguna boleh menggunakan pasu atau polibeg berbantal untuk tanaman mereka. Bertemakan 3M; Mudah, Menjimatkan dan Mesra, kit ini dapat menggalakkan masyarakat menanam sayur sendiri walaupun di ruang yang terhad. Dengan itu, dapat mengurangkan perbelanjaan dapur dan dapat memupuk semangat kejiranan melalui amalan bertukar-tukar sayuran yang ditanam. Kit ini sesuai untuk semua jenis rumah. Ia juga boleh dijadikan alat bantu mengajar bagi subjek kemahiran hidup atau pertanian untuk tujuan pendidikan.

Teks Penuh (672 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.