Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak invasif tanaman kelapa

Dilipkumar Masilamany, Wan Khairul Anuar Wan Ali dan Razali Baki

Ringkasan

Rhynchophorus ferrugineus atau lebih dikenali sebagai kumbang jalur merah merupakan perosak invasif tanaman kelapa yang sangat berbahaya. Kumbang betina bertelur pada umbut pokok, pangkal pelepah atau luka yang terdapat di dalam pokok. Larva yang menetas mengorek ke dalam batang dan memakan tisu-tisu pokok sehingga pokok menjadi layu dan mati. Serangannya juga akan cepat merebak ke pokok-pokok lain yang berdekatan jika perosak ini tidak dikawal serta-merta. Walaupun terdapat pelbagai kaedah untuk mengawal ancaman kumbang jalur merah, pengetahuan asas mengenai biologi perosak invasif ini amat penting untuk membangunkan pakej pengurusan perosak bersepadu (PPB) yang berkesan. Maklumat mengenai perumah dan taburan, kitar hidup, sifat dan kelakuan, simptom serangan, dan pengurusan serta kawalan berdasarkan pengalaman MARDI dibincangkan dalam artikel ini.

Teks Penuh (2356 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.