Penyediaan anak benih cili yang seragam

Yaseer Suhaimi Mohd., Mohamad Abd. Manas dan Mahamud Shahid

Ringkasan

Anak benih yang sihat, bebas penyakit, aktif dan seragam tumbesarannya merupakan faktor yang menentukan kejayaan sesebuah projek penanaman cili. Seseorang pengusaha perlu menyediakan anak benih tanaman yang sihat, bebas penyakit, aktif dan seragam tumbesarannya. Kaedah rendaman anak benih cili di dalam larutan air baja fertigasi cili dapat menyediakan anak benih cili yang aktif pertumbuhannya serta seragam dalam masa yang singkat. Kaedah penyediaan anak benih cili yang seragam mengandungi empat langkah yang mudah iaitu (1) penyemaian biji benih, (2) membuat takung pembesaran, (3) rendaman air baja dan (4) anak benih cili yang matang. Langkah rendaman air baja adalah paling kritikal dalam mendapatkan pertumbuhan anak benih yang seragam. Dengan menggunakan kaedah rendaman air baja ini, anak benih cili akan mencapai pembesaran yang seragam dalam jangka masa yang singkat. Di samping itu, anak benih cili juga aktif dan akan cepat pulih daripada kesan pemindahan ke ladang.

Teks Penuh (1644 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.