Prestasi alat pemetik buah manggis PMA1

Jafni Johari Jiken, Azizul Ghazali dan Mohamad Fakhrul Zaman Omar

Ringkasan

Alat pemetik buah manggis (PMA1) telah dihasilkan pada tahun 1992 namun begitu, prestasi penggunaannya di ladang masih belum diuji secara terperinci. Alat ini dapat berfungsi dengan baik dan praktikal terutamanya kepada pengusaha ladang manggis yang tidak mampu memanjat pokok manggis untuk memetik buahnya. Secara purata, bilangan buah manggis yang berjaya dipetik oleh setiap operator ialah lapan biji seminit untuk kategori luar kanopi dan dua biji seminit untuk kategori dalam kanopi dalam tempoh 30 minit. Pengguna yang sudah mahir menggunakan alat ini mampu memetik 10–12 biji seminit. Peratus bilangan buah yang tidak memasuki jaring adalah antara 20% hingga 25% untuk kategori luar kanopi dan lebih kurang 30% untuk kategori dalam kanopi. Alat pemetik buah manggis ini juga sesuai digunakan oleh golongan wanita. Kos bagi setiap alat pemetik ini termasuk dengan penggunaan galah teleskopik adalah sebanyak RM48 seunit.

Teks Penuh (3076 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.