Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka
Yaseer Suhaimi Mohd., Mahamud Shahid, Mohamad Abd. Manas dan Abdul Kadir Yusoff
Ringkasan
Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3 hingga 5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat, terutama untuk penanaman cili. Modal permulaan untuk menanam secara fertigasi yang tinggi terutama kos pembinaan struktur pelindung hujan (SPH) telah membantutkan penggunaan teknologi ini dalam kalangan pengusaha cili. Dengan kaedah pengurusan tanaman yang terkini, penanaman cili dapat dijalankan dengan sistem fertigasi terbuka. Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka ini dapat diaplikasikan untuk pengeluaran cili padi dan cili merah. Prestasi hasil yang tinggi iaitu 2.5 kg sepokok bagi cili merah dan 1.5 kg sepokok bagi cili padi dapat meningkatkan lagi pendapatan pengusaha. Dengan pengeluaran hasil yang setara dengan penanaman secara fertigasi di bawah struktur pelindung hujan, penanaman fertigasi secara terbuka mampu menjadi pilihan utama kepada pengusaha tanaman cili.
Teks Penuh (2073 KB)