MR 263 varieti padi baru untuk kawasan sederhana subur

Zainudin P.M.D. Hussain, Elixon Sunian, Azlan Shaari, Alias Ismail, Saad Abdullah, Othman Omar, Habibuddin Hashim, Asfaliza Ramli, Mohd Najib Mohd Yusof, Siti Norsuha Misman dan Amiruddin Mokhtar

Ringkasan

Varieti MR 263 dihasilkan melalui kacukan antara dua baka mutan SPM 156 dengan MR 221. Tujuan asal kacukan adalah untuk mendapatkan varieti rintang terhadap benah perang. Kacukan antara SPM 156 dengan MR 221 dilakukan pada Musim Utama 2001/2002. Ini diikuti dengan pemilihan pokok, pemilihan famili, pemantapan baka dan penilaian hasil. Pada Luar Musim 2010, varieti ini diuji di projek peningkatan skala. Antara ciri-ciri baik yang terdapat pada varieti ini ialah umur matangnya yang singkat dan ketinggian pokoknya yang sederhana. Bagi ciri-ciri pengilangan, varieti ini menunjukkan peratus perolehan beras kepala yang lebih baik daripada MR 219 kerana biji padinya yang lebih pendek dan lebar walaupun masih dalam kategori beras panjang. Berpandukan peratus kandungan amilosa, cita rasa nasinya juga setanding dengan MR 219. Secara purata, varieti ini menunjukkan daya pengeluaran hasil yang setanding dengan MR 219, tetapi lebih berpotensi di persekitaran yang sederhana seperti di FELCRA Seberang Perak dan KADA. Varieti ini disyorkan untuk ditanam di kawasan begini sebagai varieti alternatif atau pelengkap kepada varieti MR 219. Dengan cara ini, penggunaan varieti dapat dipelbagaikan dan ini akan mengurangkan risiko serangan perosak atau sebarang bencana yang boleh merosakkan keseluruhan tanaman padi jika penggunaan varieti tunggal diamalkan.

Teks Penuh (2092 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.