Pengelasan spesies Dendrobium menggunakan kaedah penanda molekul AFLP
Nor Hazlina Mat Sa’at dan Wickneswary Ratnam
Ringkasan
Hubungan genetik 13 spesies Dendrobium daripada koleksi orkid MARDI ditentukan menggunakan gabungan ciri morfologi dan penanda Polimorfisme Panjang Fragmen Teramplifikasi (AFLP). Hubung kait antara individu bagi setiap spesies (atau lebih dikenali sebagai aksesi) dianggarkan melalui indeks koefisen Jaccard dan analisis pengelompokan UPGMA (unweighted pair group method). Indeks kesamaan Jaccard antara spesies berjulat antara nilai yang rendah (0.14) hingga tinggi (1.00) menunjukkan pangkalan genetik bagi koleksi spesies ini adalah tinggi dan dendrogram yang dijana menghasilkan lima kluster berbeza. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa analisis morfologi sesuai digunakan dalam menentukan hubungan dan pengecaman spesies manakala penanda AFLP sesuai digunakan dalam pengecaman spesies dan mengenal pasti variasi yang wujud dalam aksesi spesies Dendrobium. Maklumat pencapjarian AFLP ini berupaya membantu ahli biak baka dan ahli taksonomi dalam mengenal pasti sesuatu kultivar, memulihara janaplasma dan memilih induk terbaik bagi menghasilkan hibrid yang bermutu.
Teks Penuh (322 KB)