Pungguk jelapang – agen kawalan biologi berkesan untuk pengurusan tikus sawah

Badrulhadza Amzah

Ringkasan

Rattus argentiventer ialah spesies tikus sawah padi paling utama yang mendatangkan kerosakan serius tanaman serta mengakibatkan kerugian kepada pesawah. Terdapat beberapa kaedah mengawal populasi tikus yang telah disyorkan. Antaranya ialah kawalan biologi menggunakan burung pungguk jelapang, Tyto alba javanica. Burung pemangsa ini boleh didapati di serata dunia dan telah dianggap sebagai burung yang paling berfaedah kerana kebolehannya dalam memburu tikus. Keupayaan kawalan biologi menggunakan burung pemangsa ini dapat dipertingkatkan dengan membina kotak sarang dan memasang kayu T di sawah. Aktiviti penyelidikan mendapati kaedah ini telah dapat meningkatkan kadar pembiakan seterusnya menambah bilangan burung ini di persekitaran sawah. Usaha ini dapat membantu dalam mengurangkan populasi tikus sawah dan kadar kerosakan tanaman. Beberapa cabaran harus dihadapi dalam memastikan program kawalan biologi tikus sawah menggunakan pungguk jelapang ini berjaya dilaksanakan dengan berkesan. Kesedaran masyarakat umum bersama dengan peranan yang dimainkan komuniti pesawah, agensi-agensi pertanian, institusi-institusi penyelidikan dan universiti-universiti dapat menyumbang secara positif ke arah kejayaan usaha ini.

Teks Penuh (3401 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.