Semburan kalsium pratuai meningkatkan kualiti buah belimbing cv. B10

Zabedah Mahmood, Mohamad Zulkiffely A. Rahman dan Azimah Ali

Ringkasan

Satu kajian semburan kalsium pratuai dan kelebatan buah atas kualiti belimbing telah dijalankan. Semburan kalsium pratuai telah diberi empat kali pada minggu ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6 selepas pembentukan buah. Semburan kalsium lepas tuai telah dapat meningkatkan kualiti buah belimbing. Kandungan kalsium buah telah bertambah berbanding dengan buah yang tidak disembur kalsium. Penelitian pada struktur sel buah dengan mikroskop elektron mendapati sel buah yang disembur kalsium, bersaiz lebih kecil (<500 ?m) dan padat dengan dinding sel yang lebih tebal berbanding dengan buah yang tidak disembur. Buah yang disembur kalsium lebih pejal dan tiada perbezaan pada kandungan pepejal larut dan vitamin C buah. Semburan kalsium pratuai telah meningkatkan ketebalan tip kepak. Dengan tip kepak yang tebal, buah tidak mudah rosak semasa pengendalian dan pengangkutan. Buah belimbing untuk pasaran eksport adalah disyorkan untuk disembur dengan kalsium pratuai.

Teks Penuh (424 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.