Teknologi pemprosesan nanas dalam kalangan Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) dan pengilang besar

Mohd Johaary Abdul Hamid

Ringkasan

Hasil kajian terhadap Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mendapati kebanyakan teknologi memproses nanas bagi jus/kordial, jem dan sos masih menggunakan kaedah manual. Antara permintaan PKS terhadap teknologi pemprosesan nanas ialah mesin pemotong yang tidak terlalu mahal, meningkatkan kelajuan mesin pembotolan (1 saat/botol), kombinasi antara mesin pembotolan dengan pelabelan serta mesin digital pelbagai fungsi untuk memasak, pempasteuran dan penyejuk. Permintaan terhadap teknologi pemprosesan nanas dalam kalangan pengilang besar adalah dengan menjadikan mesin automatik 16 plates simmer menjadi hanya satu lorong sahaja untuk memastikan tahap kebersihan buah nanas terjamin, meningkatkan kelajuan konveyer selepas buah nanas dimuatkan serta menggantikan teknologi separa automatik dan manual kepada teknologi automatik. Halangan dan cabaran yang dikenal pasti mengenai teknologi pemprosesan nanas dalam kalangan PKS ialah kos mesin yang tinggi, sukar untuk memperoleh mesin yang benar-benar sesuai, tiada kepakaran untuk mengubah suai mesin yang diguna dan harga teknologi pembungkusan yang semakin meningkat.

Teks Penuh (157 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.