Dodol daripada beras berwarna

Rosniyana Ahmad

Ringkasan

Tepung beras perang daripada beras berwarna varieti PH9 dihasilkan melalui kaedah pengisaran kering menggunakan pengisar siklon dan kemudiannya digunakan untuk pembangunan dodol. Untuk menjamin supaya produk yang dihasilkan mempunyai mutu yang baik, operasi pemprosesan dikenal pasti dan kaedah pemprosesan yang betul perlu diamalkan. Ini merangkumi arahan kerja dan garis panduan bagi setiap langkah dalam aliran pemprosesan yang meliputi bahan mentah, pemprosesan, pengeluaran, pembungkusan penyimpanan dan pengedaran. Pembangunan dodol daripada PH9 menunjukkan peningkatan dalam kandungan protein, lemak dan gentian, jika dibandingkan dengan dodol daripada tepung komersial. Ahli panel nilai rasa telah memberi skor lebih daripada enam untuk semua ciri-ciri nilai rasa.

Teks Penuh (975 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.