Gula-gula butterscotch cengkih berperisa buah-buahan
Suzalyna Mos
Ringkasan
Pelbagai jenis konfeksi gula yang dihasilkan daripada resipi tradisional berpotensi untuk dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan peralatan atau perkakas yang murah dan biasa digunakan. Kaedah atau proses yang dijalankan dengan mengawal darjah pendidihan akan menentukan jenis konfeksi gula. Gula-gula butterscotch cengkih berperisa buah-buahan (BCB) dihasilkan melalui pendidihan gula, sirap glukosa dan juga mentega sehingga mencapai suhu 138 °C yang diklasifikasikan sebagai gula-gula jenis ‘rapuh-lembut’ berdasarkan jadual hubungan darjah pendidihan dan jenis konfeksi gula. Cengkih yang digunakan sebagai bahan perisa adalah dalam bentuk serbuk manakala esen buah tembikai susu juga ditambah untuk menambah baik rasa gula-gula butterscotch cengkih. Teknik penghasilan gula-gula butterscotch cengkih berperisa buah-buahan adalah melalui teknik ‘gula-tarik’.
Teks Penuh (171 KB)