Teknik baharu pemprosesan jangat
Umi Kalsum Hussain Zaki, Mohamed Shafit Hussain, Nur Ilida Mohamad, Dayana Mohamed Nezuri, Mohd Firdaus Saudi, Nazarifah Ibrahim, Noraini Ibrahim dan Asiah Abu Samah
Ringkasan
Kulit lembu yang juga dikenali sebagai jangat merupakan makanan popular bagi masyarakat Jawa dan Minangkabau. Pemprosesan kulit lembu secara konvensional mengambil masa yang lama sehingga mencecah 2 bulan. MARDI telah membangunkan satu kaedah atau teknik baharu bagi memproses kulit lembu dengan mudah, cepat, bersih dan selamat digunakan. Analisis tekstur yang dijalankan didapati sampel kulit lembu yang diproses secara konvensional lebih keras dan liat berbanding dengan pemprosesan secara teknologi baharu. Penilaian sensori menunjukkan penerimaan pengguna terhadap kulit lembu yang diproses secara konvensional dan teknologi baharu tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Analisis mikrobiologi juga menunjukkan tiada pertumbuhan mikrob bagi sampel teknologi baharu. Secara keseluruhannya produk kulit lembu yang diproses secara teknologi baharu mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dengan pemprosesan secara konvensional.
Teks Penuh (1456 KB)