Pemprosesan jeruk dan sos berasaskan lada hijau
Nicholas Daniel dan Chua Hun Pin
Ringkasan
Lada hijau yang merupakan biji lada yang masih muda dan merupakan hasil sampingan daripada pemprosesan lada hitam dan lada putih, boleh diproses menjadi jeruk dan sos. Jeruk lada hijau disediakan dengan merendam biji lada muda ke dalam larutan garam bercuka yang telah dimasak. Campuran kemudian dibotolkan dan dibiarkan selama 2 minggu sebelum dihidangkan. Prinsip penghasilan sos lada hijau adalah sama seperti sos lain yang berada di pasaran, hanya berbeza dengan tambahan jeruk lada hijau yang telah dikisar menjadi puri. Sos lada hijau yang dihasilkan mengandungi 0.9% protein, 61.9% karbohidrat, 0.1% lemak, 3.5% serabut kasar dan 252 kcal/100 g tenaga. Artikel ini membincangkan kaedah pemprosesan, pembungkusan dan kawalan mutu jeruk dan sos lada hijau.
Teks Penuh (771 KB)