Pemprosesan sos lada hitam

Chua Hun Pin, Nicholas Daniel dan Rajmah Muzli Razili

Ringkasan

Lada (Piper nigrum) merupakan salah satu rempah yang digunakan secara meluas dalam masakan. Lada hitam dihasilkan melalui proses pengeringan buah beri lada di bawah cahaya matahari selama 3 – 4 hari sehingga lapisan luar beri bertukar daripada warna hijau tua kepada warna coklat tua atau hitam. Sos lada hitam merupakan produk hasilan lada hitam yang popular digunakan sebagai penambah perisa, sos pencicah dan sos perap. Setakat ini, sos lada hitam belum disenaraikan dalam Peraturan Makanan Malaysia. Namun begitu, prinsip asas pemprosesan sos lada hitam adalah sama seperti sos perencah lain yang ada di pasaran. Artikel ini membincangkan kaedah pemprosesan dan kawalan mutu sos lada hitam. Sos lada hitam yang dihasilkan tergolong dalam kumpulan makanan jenis berasid tinggi dengan nilai pH 3.3 dan keasidan titratan 0.7%.

Teks Penuh (711 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.