Pemprosesan sambal tuna berherba tempatan

Rokiah Mohamad, Che Rohani Awang dan Norhazniza Aziz

Ringkasan

Sambal tuna berherba tempatan merupakan produk baharu yang berpotensi untuk dikomersialkan. Penggunaan ikan tuna daripada spesies aya kurik (Euthynnus affinis) bertujuan untuk meningkatkan lagi nilai tambah bagi ikan tersebut kerana ia kurang digemari ramai disebabkan jaringan isi yang keras dan kasar. Di samping itu, ia akan dapat menambah pendapatan para nelayan. Permintaan terhadap produk konvenien, mudah untuk disediakan semakin tinggi pada masa kini. Sambal tuna berherba tempatan di dalam tin dan sejuk beku merupakan sejenis produk kovenien yang sedia untuk dimakan (ready-to-eat) dan amat sesuai dimakan bersama nasi atau roti. Produk ini kaya dengan protein, mengandungi asid lemak omega-3 serta bebas daripada sebarang asid lemak trans. Selain itu, penggunaan pelbagai jenis herba tempatan dapat meningkatkan lagi rasa dan khasiatnya. Artikel ini membincangkan teknik pemprosesan iaitu pengetinan dan penyejukbekuan, pemeriksaan produk dan nilai pemakanan produk.

Teks Penuh (816 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.