Teknik mengesan estrus induk lembu pedaging untuk permanian beradas secara tepat masa
Azizah Amri, Ahmad Johari, Ajis Hassan dan Musaddin Kamaruddin
Ringkasan
Estrus atau biang ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan kesediaan seksual lembu betina memikat dan menarik perhatian lembu pejantan bagi menjalankan aktiviti seksual. Kejayaan dalam pembiakan ternakan yang menggunakan teknik permanian beradas bergantung pada induk betina berada pada tahap biang sedia (standing heat) iaitu keadaan ataupun masa ia bersedia untuk mengawan. Selain pemerhatian dibuat melalui pemerhatian visual, terdapat juga beberapa kaedah dan alat bantuan mengesan estrus yang telah dibangunkan untuk mengenal pasti masa yang optimum bagi ternakan betina dibiakkan. Kajian juga telah dibuat untuk menentukan masa ovulasi supaya AI dibuat sebelum ovulasi berlaku. Kesemua kajian tersebut adalah untuk memperoleh masa biang sedia dan masa ovulasi yang tepat untuk kejayaan menjalankan AI secara tepat masa yang efektif.
Teks Penuh (700 KB)