Teknik pembungkusan makanan terpilih

Siah Watt Moey, Mohd. Ariff Wahid dan Noor Azizah Ahmad

Ringkasan

Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihasilkan di negara ini mempunyai potensi untuk dieksport. Sebahagian besar makanan tradisional seperti cip ubi kayu, cip pisang dan pelbagai jenis sos telah berjaya menembusi pasaran global. Selain kualiti produk yang baik, penerimaan pengguna terhadap sesuatu jenis produk amat bergantung pada cara pembungkusan dan persembahannya. Faktor yang mendorong perkembangan teknologi pembungkusan adalah bergantung kepada keperluan atau permintaan pengguna yang akan berubah dari masa ke masa. Teknologi pembungkusan makanan harus berubah mengikut perubahan gaya hidup, keperluan undang-undang, globalisasi dan cara pemasaran melalui laman sesawang yang makin mendapat penerimaan pengguna. Perubahan ini akan memberi cabaran yang besar kepada industri makanan, tetapi pada masa yang sama juga memberi peluang pasaran yang lebih luas. Artikel ini memaparkan teknologi dan konsep pembungkusan untuk beberapa jenis makanan yang telah dibangunkan oleh pihak MARDI.

Teks Penuh (1480 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.