Penghasilan produk novel berasaskan herba melalui teknologi omiks

Indu Bala Jaganath dan Sanimah Simoh

Ringkasan

Bidang bioteknologi terkini seperti omiks dan khasnya metabolomik mencetuskan revolusi dalam bidang sains pemakanan. Metabolomik menyediakan pendekatan penyaringan secara high-throughput bahan bioaktif yang bermanfaat kepada kesihatan daripada kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di Malaysia. Bahan bioaktif ini berpotensi untuk dieksploitasikan kegunaannya dalam pasaran nutraseutikal dan farmaseutikal. Tumbuhan herba pada kebiasaannya mengandungi campuran kompleks pelbagai fitonutrien berbeza yang bertindak secara sinergi untuk memberi kesan terapeutiknya. Melalui pendekatan metabolomik, kuantiti maksimum fitonutrien dalam ekstrak botanikal dapat ditentukan untuk tujuan piawaian dan kawalan kualiti untuk penghasilan produk novel. Maklumat yang diperoleh daripada kajian omiks ini juga dapat menyediakan platform asas bagi penyelidikan kejuruteraan tanaman pharma dalam meningkatkan bahan bioaktif novel untuk kegunaan industri nutraseutikal dan farmaseutikal yang kini sedang berkembang pesat.

Teks Penuh (1111 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.