Kualiti tepung beras MR 220

Rosniyana Ahmad

Ringkasan

Sifat kanji tepung beras yang unik menjadikan penggunaannya meluas dalam industri makanan. Beras hancur yang dihasilkan antara 15– 45% hasil pulangan daripada pengilangan beras ialah bahan utama dalam pemprosesan tepung beras. Tepung beras boleh dihasilkan melalui dua kaedah kisaran iaitu kisaran kering dan kisaran basah. Bagi kaedah kisar kering, beras hancur dikisar terus sama ada menggunakan pengisar batu atau logam. Pengisar menggunakan pukulan angin boleh juga menghasilkan tepung beras. Bagi kaedah kisar basah, prosesnya agak rumit kerana melibatkan langkah seperti perendaman beras, pengasingan air, pengeringan dan pengisaran. Kajian telah menunjukkan kedua-dua kaedah ini telah menghasilkan tepung beras yang berbeza dari segi  ciri fizikal seperti saiz partikel, ketumpatan pukal, warna, gel konsistensi, suhu penggelatinan dan kapasiti pemegangan air.

Teks Penuh (152 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.