Alat penabur baja butir jenis galas untuk tanaman nurseri

Mohd Fazly Mail, Aris Abdullah, Kasron Ahmad, Saleh Bardos, Norahshekin Abd. Rahman dan Noraznal Mohd Zainal

Ringkasan

Kaedah pembajaan tradisional memerlukan taburan baja dengan tangan terus ke zon akar. Amalan ini bukan sahaja remeh, malah tidak tepat dan mendedahkan pengendali kepada sisa kimia yang berbahaya. Untuk mengatasi masalah ini, alat penabur baja butir telah direka dan dibangunkan oleh MARDI. Alat ini mampu menabur baja butir dengan cara yang mudah dan senang untuk digunakan yang direka bentuk secara ergonomik bagi mengurangkan keletihan pengendali. Ia berupaya mengagihkan baja butir dalam dos yang tepat kepada zon akar sekali gus mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan yang terdiri daripada bekas dengan dasar yang tirus, mekanisme pemeteran tepat, hos, paip panjang dan pemegang yang mengawal pengguna untuk mengendalikan alat. Apabila pemegang prototaip ditekan ke bawah, baja butir akan bergerak kepada hos dan paip. Paip kemudiannya mengedarkan baja dalam kuantiti yang telah ditetapkan kepada zon akar. Pelarasan kepada gegelang mekanisme pemeteran membantu mengawal jumlah pengeluaran baja antara 6 – 15 g. Bahagian mekanisme pemeteran tepat dihasilkan menggunakan plastik bagi mengelakkan alat daripada dihakis oleh baja.

Teks Penuh (256 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.