Prospek dan cabaran industri sarang burung walit negara

Mohd. Rashid Rabu, Ahmad Zairy Zainol Abidin, Mohd Syauqi Nazmi

Abstrak

Permintaan yang tinggi terhadap sarang burung walit pada hari ini didorong oleh kepercayaan tradisi masyarakat China dan perkembangan pesat ekonomi China. Sarang burung walit dihasilkan daripada dua sumber utama iaitu penuaian dari gua dan penuaian dari premis sarang burung walit. Sarang burung walit merupakan produk daripada haiwan yang mendapat harga pasaran tertinggi di pasaran yang menyebabkan hasil keluaran di guagua di Indonesia, Thailand dan Malaysia menurun disebabkan ekploitasi yang berlebihan oleh pengusaha. Penurunan hasil gua ini membawa kepada inisiatif untuk menyediakan premis tiruan melalui binaan bangunan yang dikhaskan untuk memikat burung walit bersarang. Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar sarang burung walit dunia dengan nilai eksport RM1 bilion pada tahun 2009. Prospek industri ini di Malaysia amat cerah disebabkan kepercayaan dan budaya di kalangan generasi baru masyarkat China. Ini disokong oleh pengukuhan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan negara bagi menghasilkan pengiktirafan saintifik mengenai khasiat kesihatan sarang burung walit, pembangunan produk baru dan sokongan kerajaan dalam menyusun program untuk menginstitusikan industri. Ini bagi mengatasi isu bekalan, permintaan dan perdagangan terutamanya keselamatan makanan, kualiti dan protokol kebersihan. Daya saing negara dalam industri ini dijangka akan dapat diperkukuhkan melalui polisi yang komprehensif, program dan sistem yang diamalkan oleh institusi kerajaan dan pengusaha terbabit.

Teks Penuh (290 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.