Lemon myrtle: tanaman baru yang berpotensi di Malaysia

Ab Kahar Sandrang, Sakinah Idris dan Zabedah Mahmood

Abstrak

Lemon myrtle (Backhousis citriodora) ialah tanaman industri yang penting di Australia. Daun lemon myrtle mempunyai kandungan sitral yang boleh dijadikan minuman, makanan kesihatan dan perisa makanan serta menghasilkan minyak pati. Tanaman ini mula dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2009 oleh Syarikat Qzen (M) Sdn. Bhd. dalam bentuk keratan. Pada awal pengenalannya, kejayaan pengakaran keratan hanya sekitar 22% serta mengambil masa antara 4 – 6 bulan. Walau bagaimanapun, penggunaan keratan daripada pokok induk tempatan telah meningkatkan kejayaan kepada 45% dan masa pembiakan lebih singkat. Setelah 2 tahun ditanaman, didapati kadar pertumbuhan pokok lemon myrtle di Malaysia amat memberangsangkan, jauh melebihi yang terdapat di Australia. Penuaian pertama daun boleh dilakukan semasa pokok berumur 9 bulan. Penghasilan daun juga amat menggalakkan dengan purata sekitar 3.0 kg/pokok pada 2 tahun pertama berbanding dengan 0.8 kg/pokok di Australia. Hasil penyulingan didapati bagi setiap 100 kg daun basah mengandungi 1.8 kg minyak pati, manakala kandungan sitral (bahan utama) sekitar 94%, menyamai kualiti yang dihasilkan di Australia. Pokok ini juga didapati tiada masalah serius dengan serangga dan penyakit, begitu juga dengan amalan penjagaan yang lain. Oleh itu lemon myrtle dikatakan tanaman baru yang amat berpotensi.

Teks Penuh (162 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.