Pendekatan bioinformatik bagi merungkai maklumat gen dan penanda molekul tanaman

Rabiatul Adawiah Zainal Abidin, Lina Rozano, Rafidah Badrun dan Umi Kalsom Abu Bakar

Abstrak

Pendekatan bioinformatik semakin meluas diaplikasi dalam bidang penyelidikan bioteknologi pertanian. Bioinformatik diperlukan bagi menyelesaikan masalah biologi dalam penyelidikan bioteknologi pertanian. Data asas yang diperlukan bagi penyelidikan ini ialah data jujukan sama ada dalam bentuk genom, gen, motif dan domain protein. Data jujukan tersebut akan dianalisis menggunakan perisian saintifik dan peralatan komputer bagi menghasilkan maklumat biologi yang berguna. Beberapa penyelidikan bioteknologi pertanian di MARDI telah mengenal pasti kepentingan bioinformatik sebagai alat sokongan penyelidikan seperti penanda molekul, pengekspresan gen dan kajian penyakit tanaman.

Teks Penuh (148 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.