Pemprosesan minuman jus rockmelon

Wan Zairi Wan Abdul Manaff, Hasimah Hafiz Ahmad, Mohd Salleh Punan, Mohd Ariff Wahid, Wira Abu Bakar dan Rafiah Hasanah Mohd Yusof

Abstrak

Buah rockmelon sedang mendapat perhatian dan permintaan untuk dimakan segar atau diproses. MARDI telah menghasilkan produk terproses daripada buah rockmelon iaitu minuman jus. Minuman jus ini mengandungi 42% kandungan jus rockmelon yang telah ditapis dan mempunyai kandungan pepejal terlarut 10 °Brix. Produk akhir mempunyai warna jingga yang menarik, rasa buah melon dan dipek di dalam botol polipropilena berisi padu 300 ml. Ia mengandungi 10 g/100 ml jumlah karbohidrat, 1.3 g/100 ml serat makanan, 8.9 g/100 ml jumlah gula, 0.4 g/100 ml protein, <0.1 g/100 ml jumlah lemak dan 43 kcal/100 ml tenaga. Berdasarkan ujian rasa yang dijalankan, produk ini dapat diterima oleh pengguna.

Teks Penuh (313 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.