Aplikasi bioteknologi dalam penyelidikan ternakan di MARDI
Ainu Husna M S Suhaimi, Amie Marini Abu Bakar, Habsah Bidin dan Marini Ahmad Marzuki
Abstrak
Bioteknologi berasal daripada dua perkataan iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’ dan merupakan satu bidang aplikasi biologi yang sangat luas. Konvensyen diversiti biologi Bangsa-bangsa Bersatu telah mendefinisikan bioteknologi sebagai aplikasi teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup atau apa-apa yang terbit daripadanya untuk menghasilkan atau mengubah produk dan proses untuk kegunaan yang tertentu. Aplikasi bioteknologi meliputi pelbagai bidang termasuk perubatan, pertanian, perindustrian dan alam sekitar. Dalam bidang penternakan, bioteknologi boleh diaplikasikan untuk menambah baik pelbagai aspek seperti pembiakbakaan, genetik, pembiakan, pemakanan, pengeluaran dan kesihatan. Penyelidikan ternakan yang menggunakan kaedah bioteknologi berpotensi untuk meningkatkan produksi dan kualiti ternakan. Terdapat tiga aplikasi bioteknologi yang digunakan dalam penyelidikan ternakan iaitu penggunaan penanda molekul dalam pembiakbakaan, bioteknologi reproduktif dan peningkatan kualiti makanan ternakan.
Teks Penuh (205 KB)