Peningkatan hasil cili padi melalui kaedah penyimpanan tunas air

Yaseer Suhaimi Mohd, Mohamad Abd. Manas dan Omar Taib

Abstrak

Cili (Capsicum frutescens) merupakan tanaman jangka singkat yang bernilai tinggi dan ditanam secara meluas di Malaysia. Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk menambah baik amalan agronomi, termasuklah teknik penanaman, pembajaan, kawalan penyakit dan perosak, pengairan, medium penanaman dan biji benih untuk meningkatkan hasil tanaman. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan hasil cili padi varieti Centel dengan memanipulasi bilangan tunas air. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah penanaman konvensional dan sistem fertigasi. Rawatan yang digunakan dalam kajian ini ialah kawalan – semua tunas air dibuang, T1 – dua tunas air disimpan, T2 – empat tunas air disimpan, T3 – lima tunas air disimpan, T4 – tujuh tunas air disimpan dan T5 – tiada tunas air dibuang. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat corak yang sama dalam penuaian hasil bagi kedua-dua kaedah penanaman konvensional dan sistem fertigasi selepas 6 bulan ditanam. Hasil tertinggi telah diperoleh pada T2 untuk sistem fertigasi (1,600 g) dan penanaman konvensional (1,200 g). Walau bagaimanapun, tiada perbezaan signifikan antara T2 dan T3 dalam kedua-dua sistem penanaman. Kajian ini mendedahkan bahawa dengan membuang dan menyimpan 4 – 5 tunas air boleh meningkatkan hasil cili padi dalam penanaman konvensional dan sistem fertigasi.

Teks Penuh (155 KB)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.