Model pengurusan sisa pertanian secara integrasi di ladang organik

Mohammad Hariz Abdul Rahman, Jamaliah Jaafar, Zulkefli Malik, Mohd Fazly Mail, Mohd Ridzuan Mohd Daud, Noralyani Shakri dan Nur Fariza Mohd Mohtar

Abstrak

Satu model bagi pengurusan sisa bersepadu telah dicadangkan sebagai pendekatan pengurusan yang berkesan sisa pertanian di ladang organik, MARDI. Konsep sifar sisa adalah untuk mengoptimumkan pengurusan hasil buangan. Ia juga merupakan mekanisme untuk memaksimumkan kecekapan pengurusan ladang dan mengurangkan kesan alam sekitar serta pengurangan kos. Di ladang organik, MARDI Serdang, antara bulan Februari hingga Julai 2012, kira-kira 2.023 tan metrik buangan telah dihasilkan dari ladang. Sebanyak 1.63 tan metrik atau 80.51% telah diproses dan ditukarkan kepada kompos (72.24%), biochar (3.16%) dan vermi kompos (2.35%). Kajian awal terhadap potensi kegunaan penghasilan biogas (0.59%) dan makanan haiwan (0.04%) juga telah dijalankan. Kerja-kerja pengurusan bersepadu sisa di ladang organik di MARDI Jelebu masih di peringkat permulaan. Walau bagaimanapun, telah dikenal pasti bahawa sumber utama sisa datang daripada keratan dedahan pokok dan daun. Oleh itu, penukaran sisa ke biochar dicadangkan dan diikuti proses perkomposan.

Teks Penuh (233 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.