Peluang penanaman integrasi ubi kayu- kelapa

Khairol Ismail dan Wan Zaki Wan Mamat

Abstrak

Salah satu tanaman yang berpotensi untuk tujuan integrasi dengan kelapa ialah ubi kayu. Penanaman integrasi ubi kayu-kelapa telah dilaksanakan di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara baris kembar dua (double avenue) dengan 50% kawasan sahaja yang boleh ditanam dengan ubi kayu pada ruang di antara dua baris kelapa. Ruang di antara dua baris kelapa tersebut telah ditanam 13 baris tanaman ubi kayu pada jarak 90 cm di antara baris. Dalam kajian ini, jarak di dalam baris 90 cm (kepadatan normal) dan 60 cm (kepadatan tinggi) telah digunakan. Kajian menunjukkan hasil kelapa meningkat sebanyak 47% di plot tanaman ubi kayu berkepadatan normal berbanding dengan 31% pada plot tanaman ubi kayu berkepadatan tinggi. Jumlah pendapatan bersih yang diperoleh oleh petani hasil jualan ubi kayu dan kelapa masing-masing ialah RM10,992.00 dan RM5,153.00 sehektar bagi ubi kayu berkepadatan normal dan tinggi. Pulangan pelaburan untuk setiap ringgit yang dilaburkan melalui integrasi tanaman ubi kayu-kelapa masingmasing ialah 2.22 dan 0.71 bagi ubi kayu berkepadatan normal dan tinggi, dan hanya 0.03 bagi tanaman kelapa tanpa integrasi ubi kayu. Analisis ekonomi separa ini jelas menunjukkan bahawa integrasi ubi kayu-kelapa baris kembar dua adalah menguntungkan dan mampu menjana ekonomi petani.

Teks Penuh (480 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.