Mekanisasi ladang bagi pengeluaran serai makan

Anuar Abdullah, Eddy Herman Sharu dan Wan Mohd Aznan Wan Ahamad

Abstrak

Pengeluaran serai makan (Cymbopogon citratus) memerlukan teknologi yang melibatkan aspek kejenteraan khususnya di peringkat ladang dan lepas tuai. Dimensi baru dalam pengeluaran tanaman ini diperlukan kerana permintaan pasaran yang sangat tinggi berikutan nilai komersial yang melibatkan pasaran segar mahupun pemprosesan sebagai produk siap. Bagi memenuhi permintaan tersebut, aspek mekanisasi diperlukan bagi membolehkan tanaman ini dikeluarkan secara komersial. Mekanisme kejenteraan yang dibangunkan merangkumi aspek penanaman, penjagaan tanaman dan penuaian. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan memberi impak yang besar dalam membantu petani meningkatkan pengeluaran serai makan. Kajian menunjukkan pakej mekanisasi ladang yang digunakan dalam pengeluaran serai makan sangat efisien dengan kadar kecekapan 93% bagi mesin penanam dan 97% bagi mesin penuai.

Teks Penuh (347 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.