Kualiti dan potensi sos cili padi

Saiful Bahri Sa’ari, Kasmah Mohamad, Mohd Nazrul Hisham Daud dan Melor Rejab

Abstrak

Cili merupakan antara sayuran yang mempunyai nilai kepentingan ekonomi yang tinggi. Pemprosesan cili yang segar akan mempelbagaikan lagi kegunaan dan nilai tambah kepada produk sedia ada. Sos cili padi adalah antara produk yang kini mendapat perhatian ramai di kalangan pengguna. Produk ini sesuai dimakan dengan keropok, mi dan makanan lain sebagai penyedap makanan. Teknologi pemprosesan sos cili padi bermula daripada penyediaan bahan mentah, teknologi pemprosesan, pembungkusan dan juga aspek ekonomi. Sos cili padi ialah makanan asid tinggi yang mempunyai nilai pH antara 3.3 – 3.6. Pelbagai tahap kepedasan dapat diubah suai daripada penggunaan cili padi untuk mencapai tahap kepedasan yang diingini. Produk ini dibotolkan di dalam botol kaca dengan berat bersih 310 g/botol. Penulisan ini menerangkan teknologi pemprosesan dan kualiti potensi sos cili padi yang dihasilkan.

Teks Penuh (162 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.