Teknologi pemprosesan kuetiau gandum

Nicholas Daniel, Chua Hun Pin, Majelan Serudin, Teresa Anie Meng, Hazijah Mohd Hossen, Zakaria Abdul Rahman dan Lorne Kadut

Abstrak

Kuetiau gandum kaedah penyemperitan doh adalah alternatif kepada kuetiau biasa. Kuetiau biasa dihasilkan dengan menggunakan beras hancur sebagai bahan utama manakala kos mesin adalah tinggi sehingga mencecah RM50,000. Ini berbeza dengan kuetiau gandum kaedah penyemperitan doh yang mana dihasilkan dengan menggunakan mesin memproses mi dengan kos mesin yang lebih rendah. Prinsip pemprosesan kuetiau gandum melibatkan proses menggaul adunan, penyemperitan adunan doh, pemotongan, rebusan dan dilumur dengan minyak masak bagi mengelak daripada melekat. Pengusaha kuetiau gandum yang menggunakan kaedah penyemperitan doh dapat mempelbagaikan jenis pengeluaran memandangkan mesin yang sama boleh digunakan untuk memproses mi. Apabila dimasak, kuetiau gandum boleh menghasilkan menu yang sedap sama seperti masakan menggunakan kuetiau biasa.

(175 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat & Kualiti, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232| E-mel: buletintm@mardi.gov.my
Copyright © 2019 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.