Penyimpanan beras dan mutunya

Rosniyana Ahmad dan Khairunizah Hazila Khalid

Ringkasan

Penyimpanan merupakan satu proses yang penting dalam perusahaan padi dan beras. Penyimpanan perlu untuk menentukan bekalan padi dan beras negara cukup sepanjang masa. Untuk memastikan kepentingan ini, teknik penyimpanan yang diamalkan perlu sesuai dan selamat dengan kos yang berpatutan. Proses penyimpanan atau dikenali dengan proses keusangan memberi kesan kepada kualiti beras, ciri-ciri masakan dan cita rasa serta zat makanannya. Proses ini melibatkan tindak balas kimia dan biokimia seperti tindak balas pengoksidaan, tindak balas hidrolisis dan tindak balas enzim. Beberapa parameter perlu diambil kira dalam pengawalan mutu beras semasa penyimpanan seperti kelembapan dan suhu. Proses keusangan cepat ke atas padi dan beras merupakan satu kaedah atau teknik yang memberi nilai tambah pada padi dan beras.

Teks penuh (200 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.